Berita Hari Ini

Gempa Bumi: Tiada Rakyat Malaysia Terlibat

KUALA LUMPUR – Tiada rakyat Malaysia dikenal pasti sehingga kini menjadi mangsa dalam gempa bumi bermagnitud 6.6 pada skala Richter di Bodrum, Turki dan Pulau Kos, Greece pada pukul 6.31 pagi (waktu Malaysia), semalam.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan, lapor Bernama melahirkan rasa simpati terhadap mangsa bencana alam itu.

Ia menyarankan mana-mana rakyat Malaysia yang terjejas akibat kesan bencana itu supaya menghubungi Kedutaan Malaysia di Ankara di alamat 58, Mahatma Gandhi Caddesi, 06700 Gaziosmanpa?a atau di talian +(90-312) 4463 547 / 548 atau menerusi emel [email protected].

Sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 200 cedera dalam gempa bumi itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");