Membawang Hari Ini

Jaa Tanya SRK Soalan Merepek-Netizen

KISAH penyampai radio Era FM, Jaa Suzuran ke India dan berpeluang menembual Raja Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (SRK) bukan lagi cerita baru.

Menjadi selebriti pertama dunia berpeluang menemubual aktor tersohor itu di kediamannya yang terletak di Mumbai, India pasti menjadi kenangan berharga buat jejaka kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini.

Menerusi video berdurasi 8.51 saat yang dimuatnaik Era FM di laman YouTube pada 19 Julai lalu, Jaa atau Mohammad Faizal Ahmad secara santai bertanyakan beberapa soalan, antaranya meminta beberapa tip memikat perempuan daripada Raja Romantik Bollywood ini selepas mengakui cintanya sering ditolak wanita lapor Mstar Online.

Merujuk untuk memikat hati pelakon cantik Hanna Delisha, SRK terbuka berkongsi tip seperti yang diminta penyampai berusia 23 tahun itu.

“Kalau saya ajar awak, mungin awak tak boleh ingat ayat tersebut. Jadi saya sendiri akan sampaikan pesanan ini buat Hannah Delisha,” kata SRK sambil menitipkan beberapa kata-kata romantis memujuk heroin Mencintaimu Mr Photographer itu untuk keluar ‘dating’ bersama Jaa.

Dikesempatan yang ada, Jaa turut meminta SRK cuba menyebut beberapa loghat daerah yang digunapakai di beberapa negeri di Malaysia antaranya loghat negeri Melaka dan Kelantan.

“Merecik hawau hahaha (loghat Melaka). Kawe Jatuh koto sakit boh (loghat Kelantan)”.

Biarpun kedengaran agak lucu, namun SRK dilihat begitu sporting melayan setiap loghat yang disebut Jaa biarpun kedengaran sedikit pelat.

Walaupun begitu, dalam begitu ramai berbangga dengan pencapaian Jaa yang dikatakan cukup bertuah, tidak kurang ada yang meluahkan rasa terkilan sambil mempertikaikan soalan-soalan yang diajukan Jaa kepada SRK kerana dianggap membuang masa dan merepek.

Netizen menggunakan nama samaran @cikpeminat menulis: “Datang jauh-jauh… kenapa tanya soalan merepek Hannah Delishah? Mericik hawau pula tu haha”.

Malah komen tersebut turut dipersetujui beberapa netizen lain yang mengharapkan Jaa menggunakan kesempatan yang ada dengan bertanyakan soalan yang lebih menarik dan berinformasi terutama mengorek hal peribadi dan perkembangan terkini SRK dalam lakonan.

Di satu sisi, ada yang turut mencadangkan agar pihak Era FM menghantar Jaa ke kelas Bahasa Inggeris agar dapat mempertingkatkan komunikasinya dalam bahasa itu.

Ini kerana ada yang melihat Jaa mempunyai pakej yang baik dan berpotensi menjadi seorang hos yang disenangi untuk mengacara program seumpama ini (temubual selebriti luar negara) bersandarkan sikap humor semulajadi yang ada pada dirinya.

Sehingga artikel ini ditulis, video berdurasi 8.51 saat itu dimuatnaik radio Era FM pada 19 Julai lalu dengan tajuk Jaa Road To Shah Rukh Khan mendapat jumlah tontonan hampir 280,000.

Jaa ke India bertujuan untuk menembual SRK bersempena filem terbarunya berjudul Jab Harry Met Sejal yang akan ditayangkan pada 4 Ogos depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");