Isu Panas

Isu Serbuan Premis Syarikat AAGR: Mengapa Yusuf Azmi Pula Dituduh Ceroboh

Beberapa hari ini kecoh berkaitan isu serbuan Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap sebuah syarikat pajakan kenderaan milik seorang VVIP.

Isu berkenaan menjadi tular susulan begitu ramai mangsa membuat aduan terhadap pertubuhan berkenaan selepas kecewa dengan polis yang tidak membuat sebarang tindakan berkaitan permasalahan mereka sebelum ini.

Jika bukan kerana kelantangan PPIM, mungkin lebih ramai lagi pemilik kereta yang menjadi mangsa penipuan syarikat AAGR ini.

Namun segala-galanya berubah hasil usaha keras dan kesungguhan aktivis PPM berani bertindak di luar jangkaan menyerbu syarikat terbabit yang terletak di Jalan Sungai Sekamat, Kajang, Selangor pada Isnin lalu.

Syarikat berkenaan didakwa telah berjaya menipu kira-kira 500 individu yang menjadi pelanggan mereka, dengan kenderaan yang ‘dipegang’ oleh syarikat tersebut dikatakan berjumlah sekitar 1,500 buah.

Berang dengan keadaan itu lantas Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, Yusuf Azmi bersama-sama mangsa penipuan Syarikat AAGR telah menyerbu ke bilik pameran syarikat berkenaan untuk mendapatkan kembali kenderaan masing-masing.

Walaupun telah dihalang oleh pekerja syarikat berkenaan yang bertindak seperti gangster namun PPIM begitu tegar untuk membantu mangsa. Malah ia turut melibatkan anggota polis di Kajang.

Selepas kejadian, apa  yang dilihat perkara sebaliknya pula berlaku dimana polis telah menyatakan bahawa Yusuf Azmi  membuat pencerobohan ke atas premis syarikat berkenaan.

Namun hakikat sebenar, premis berkenaan telah beroperasi secara haram di atas tanah milik individu persendirian. Dengan kata lain, syarikat AAGR telah menceroboh tanah orang dan membuka bilik pameran kenderaan itu.

Susulan tindakan PPIM berkenaan, pemilik syarikat AAGR yang dipercayai seorang ‘Datuk’ telah membuat laporan polis kononnya premis miliknya diceroboh.

Dan apa yang lebih pelik adalah, pihak polis Kajang sepantas kilat terus membuka kertas siasatan dan mendakwa PPIM atau Yusuf Azmi telah melakukan pencerobohan.

Tindakan polis itu menimbulkan kemarahan kerana sebelum ini laporan berkaitan penipuan syarikat berkenaan telah berkali-kali dibuat oleh mangsa namun tiada sebarang tindakan diambil.

Bagaimanapun, sebaik sahaja PPIM bertindak dengan lebih keras bagi membela mangsa, polis sepertinya tampil untuk membela syarikat berkenaan hanya kerana satu laporan yang dibuat oleh ‘Datuk’ berkenaan.

Tiada niat untuk memburukkan imej polis namun situasi yang berlaku sekarang ternyata menggambarkan di tahap apa kualiti anggota keselamatan di Malaysia.

Yusuf Azmi dalam kenyataannya menyelar tindakan Ketua Polis Daerah Kajang yang mendakwa dirinya menceroboh premis syarikat AAGR sebagai sesuatu yang memalukan PDRM.

“Sedangkan Kita sangat menghormati PDRM yang selama ini menjaga keamanan negara..Jangan kerana tidak memahami undang undang terus mengleparkan kenyataan tanpa membuat siasatan secara terperinci.

“Kejadian berlaku kelmarin dan semalam..Begitu pantas Ketua Polis Daerah kajang membuat kenyataan ..Adakah Fail siasatan sudah dibuka dan dikaji??Lihat dan kaji semula..Kenyataan ketua polis daerah kajang amat memalukan..

 

“Apakah yang dimaksudkan Oleh ketua Polis daerah Kajang dan Juga Pemilik syarikah AAGR mengatakan perlu perintah mahkamah???Paham undang undang ke tak???

“Tetapi kenyataan yang dibuat oleh OCPD kajang amat memalukan dan boleh menaikkan dan mencemarkan maruah semua PDRM…Dan kena paham yang kita bantu 80% adalah Penjawat Awam.Dan mereka bukan suka suka nak Pajakkan kereta pada Syarikat Penipu ni..

“Tolongla jangan buat statment tanpa membuat siasatan terperinci..Amat memalukan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");