Isu Panas

Jadikan Mesyuarat Perwakilan Sebagai Penguat Ukhwah Dikalangan Ahli UMNO

Baru-baru ini, Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Razak telah mengumumkan tempoh untuk anggota parti itu melaksanakan Mesyuarat Perwakilan UMNO di bahagian masing-masing.

Bagaimanapun bagi Peraktoday.com, berikutan pilihanraya yang semakin dekat maka anggota parti seharusnya menggunakan medium berkenaan untuk menghentikan persengketaan atau kekeliruan dan mula memberi fokus untuk memperkukuhkan ukhwah.

Ini adalah peluang kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli peringkat akar umbi untuk memberi fokus dan penekanan bagi mengutarakan usul-usul berkualiti dan lebih banyak menyentuh kepentingan, keperluan dan kesejahteraan rakyat.

Dalam pada itu, Setiausaha Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO Malaysia, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin anggota parti perlu lebih fokus untuk menjadikan UMNO sebagai parti terbaik di Negara ini.

Ini kerana, katanya, persidangan tersebut bukan sahaja bakal menentukan hala tuju Perhimpunan Agung UMNO 2017, tetapi juga bakal memberi kesan terhadap strategi dan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 kelak.

“Tahun ini merupakan tahun ketiga Biro Perlembagaan dan Perundangan UMNO mengurus tadbir usul-usul Bahagian dan pihak sekretariat telah menghantar kesemua usul tersebut kepada pihak Kementerian dan agensi yang terlibat bagi mendapatkan maklum balas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maklum beliau, sehingga 24 Oktober 2016, pihak Ibu Pejabat UMNO telah menerima 681 usul dari 191 Bahagian UMNO di seluruh negara yang telah diluluskan oleh Perwakilan Bahagian masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, 510 usul diterima untuk rujukan, 171 usul diterima tanpa bahas dan tiada usul yang ditolak sementara 510 usul diterima untuk rujukan ini melibatkan 108 usul politik, 29 usul ekonomi, 62 usul agama, 83 usul sosial, 98 usul pendidikan, 10 usul melibatkan pindaan perlembagaan dan 120 lain-lain usul.

“Maklum balas dari kementerian dan agensi yang terlibat telah diperolehi dan disemak serta telah dihantar kepada bahagian-bahagian pada 3 Julai 2017 iaitu sebelum mesyuarat perwakilan bahagian di seluruh negara bermula dari 7 Julai 2017 sehingga 26 Ogos 2017.

“Penghantaran usul-usul ini telah dibuat menggunakan kaedah pos, e-mel, faks dan aplikasi ‘whats App’.”

Dalam masa yang sama, beliau mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Penyediaan Usul melahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua 191 Bahagian UMNO di seluruh negara dan mengucapkan selamat bersidang.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");