Isu Panas

Johor Bakal Jadi Milik Pembangkang, Hanyalah Satu Angan-Angan.

PEMBANGKANG dilihat cemburu dengan kepesatan dan pembangunan di Johor sehingga menyebabkan mereka cuba untuk mengambil kesempatan.

Gerakan Pemikir Muda, Fikri Allaudin berkata di saat Johor pembangunan Johor hasil kepimpinan BN sejak dahulu lagi kini muncul tangan-tangan ghaib yang mahu mengambil kesempatan untuk menggagalkan setiap perancangan yang terbaik untuk Johor.

Tidak pelulah disangkal lagi tangan-tangan ghaib berkenaan. Sudah terang lagi bersuluh Pakatan Harapan sedang cuba menyuntik jarum mereka untuk menghuru harakan negeri Johor.
Tambah beliau pakatan inilah yang sekarang ini sedang cuba mengacau kestabilan negeri Johor.
Mungkin masih ada lagi rakyat Johor yang masih tidak tahu akan tindakan jahat kepimpinan Pakatan Harapan di negeri berkenaan.
Untuk pengetahuan, Pakatan Harapan adalah organisasi yang bertanggunjawab menggagalkan usaha kerajaan Johor untuk membangunkan Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) pada 2013. 
Malah, parti berkenaan dengan lantang telah mensabotaj setiap usaha di Iskandar Malaysia. 
Pakatan yang tergamak membuat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar murka hingga menitiskan air mata mengenangkan segala usaha pembangunan untuk rakyat Johor dihalang. 
“Apakah mereka tidak senang dengan pembangunan ini?”, katanya.
Fikri dalam masa yang sama turut menyelar hasrat DAP untuk menawan Johor dan menganggap parti rasis isu sebagai berangan di dunia nyata.
Katanya, pembangkang kelihatan terdesak demi meraih undi di Johor apabila dilihat mereka mengheret anak kepada Menteri Besar Johor, Akmal Sau? untuk menyokong pembangkang sedangkan Akmal merupakan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru dan Pengarah BN Youth Volunteer.
“Jelas sekali tiada isu anak Speaker Johor bercanggah dengan bapanya dan perlu diingat, Tan Sri Shahrir Samad juga tidak mengikut jejak langkah adiknya, seorang pemimpin pembangkang”, katanya.

Fikri juga berkata permuafakatan rakyat Johor khusus di ketuai oleh Menteri Besar Johor, Datuk Mohamed Khaled Nordin dan dinaungi tuanku sultan, akan terus kekal pada pilihanraya umum yang akan datang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");