Jenayah

JPJ Nafi Operasi Khas Bersama PDRM

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan tidak akan melakukan operasi khas tanpa kebenaran dan kelulusan Ketua Pengarah.

Bagaimanapun, operasi yang secara berkala dan rondaan dilakukan seperti biasa.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir, berkata semua pengarah JPJ akan melakukan operasi termasuk sekatan jalan raya mengikut prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, kali terakhir operasi khas diadakan dan diluluskan Ketua Pengarah adalah Ops Motosikal sempena sambutan Aidilfitri awal bulan ini.

“Tiada operasi khas setakat ini, namun operasi rutin seperti melakukan rondaan tetap diteruskan,” katanya ditemui pada majlis rumah terbuka Aidilfitri, malam tadi.

Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran bersama JPJ, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mahkamah Seksyen serta Mahkamah Syariah itu dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung.

Majlis dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Wan Ahmad berkata demikian ketika mengulas berita viral kononnya JPJ diarah bersama mengadakan Ops Lejang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) mulai malam esok.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");