Membawang Hari Ini

JPJ Keluarkan Nombor Plat US 1 – US 1000 Untuk Tabung Seniman

KUALA LUMPUR: Persatuan Seniman dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bekerjasama mengeluarkan nombor plat khas menggunakan huruf US yang membawa maksud Untuk Seniman bagi mencari dana tabung persatuan itu.

Presiden Seniman, Zed Zaidi berkata nombor pendaftaran kenderaan itu bermula dari US1 sehingga US1000 akan dibuka kepada orang ramai bermula Sabtu ini dan boleh dibida untuk mendapatkannya.

“Ini merupakan satu tanggungjawab sosial yang diberikan oleh pihak JPJ kepada kami untuk melaksanakan program kebajikan.

“Bidaan dibuka kepada semua orang awam dan 100 peratus daripada hasil tersebut akan disalurkan ke tabung Seniman,” katanya memetik laporan Mstar Online.

Peminat nombor pendaftaran khas boleh mengambil borang bidaan di pejabat Sekretariat Plat US atau memuat turun borang di www.platus.my

Selepas tender ditutup pada 20 Ogos depan, pembida yang berjaya boleh mendaftarkan nombor tersebut seawal 1 Oktober atau selepas mendapatkan kelulusan pewartaan daripada pihak JPJ.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");