Sukan Hari Ini

Khairul Hafiz Leburkan Rekod 49 Tahun M.Jegathesan

KUALA LUMPUR: Khairul Hafiz Jantan berjaya merampas gelaran raja pecut Sukan SEA Kuala Lumpur selepas memecahkan rekod kebangsaan acara 200 meter ketika merangkul pingat emas Terbuka Olahraga Malaysia menerusi catatan 20.90 saat, malam tadi.

Pelari kelahiran Melaka itu paling pantas meninggalkan blok permulaan untuk melintasi garisan penamat dengan masa 20.90 saat, kelebihan 0.02 saat mengatasi rekod Jegathesan yang bertahan selama 49 tahun.

Kejayaan itu mengesahkan Khairul sebagai raja pecut negara selepas memegang rekod 100m kebangsaan dengan catatan 10.18 saat, sekaligus petanda positif menjelang Sukan SEA, bulan depan.

“Rekod ini sangat bermakna selepas 49 tahun gagal dipecahkan tetapi saya yang dilatih oleh Mohd Poad Kassim berjaya melakukannya.

“Ini sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.

Jurulatihnya, Poad, menganggap anak buahnya itu mampu berlari lebih kencang lagi dengan berkata: “Insya-Allah dia akan pergi lebih laju lagi.

“Saya menyasarkan dalam Sukan SEA nanti, dia akan melakukan 20.80 saat.

“Sebenarnya, dia lebih fokus kepada acara 100m kerana kehadiran beberapa pelumba handalan dalam 200m.

“Apapun, kami akan cuba memenangi emas bagi kedua-dua acara.”

Lebih menarik, Malaysia menyapu bersih acara itu apabila Jonathan Nyepa meraih perak manakala G. Aravin Thevar, memungut gangsa.

Final 200m wanita turut menyaksikan penguasaan Malaysia.

Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli meraih emas dengan 24. 12 saat, perak milik S. Komalam Shally dan Siti Fatimah Mohamad, gangsa.

Sementara itu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, mengesahkan rekod yang dilakar atlet kelahiran Melaka itu diiktiraf walaupun trek di Stadium Nasional Bukit Jalil belum mendapat sijil pengiktirafan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF).

“Untuk pengesahan rekod kelas dunia seperti rekod Asia, kita perlu tunggu sijil pengesahan daripada IAAF.

“Tetapi bagi pengesahan kebangsaan pula, kita mempunyai ahli jawatankuasa sendiri,” kata Karim.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");