Sukan Hari Ini

Kim Swee Sifatkan Ia Yang Petanda Baik

KUALA LUMPUR: Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, memuji keberkesanan jentera serangan pasukannya selepas ketiga-tiga penyerangnya berjaya menghasilkan jaringan dalam kemenangan 3-0 ke atas Indonesia dalam saingan kelayakan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bawah 23 tahun (B-23), semalam.

“Ini satu petanda yang baik.

“Akhirnya dengan menukar sistem kepada 3-4-3, ketiga-ketiga penyerang kita berjaya mendapatkan gol.

“Ini memberi satu aspek yang berlainan,” katanya.

Skuad negara turun berdepan Indonesia tanpa enam pemain tonggak yang tidak dilepaskan oleh pasukan masing-masing untuk menyertai kejohanan ini.

Kehilangan yang tampak dirasai antaranya Syamer Kutty Abba, S.Kumaahran dan Safawi Rasid.

Begitupun, aksi di Bangkok, Thailand, itu membuktikan sebaliknya apabila Syafiq Ahmad, Jafri Firdaus Chew dan N. Thanabalan berjaya meraih jaringan untuk skuad negara bermula langkah kanan.

“Ini adalah titik permulaan apabila kami berjaya meraih kemenangan.

“Gol ini menjadi satu motivasi buat saya untuk terus memburu jaringan buat Malaysia,” kata pemain negara, Syafiq Jamal.

Sementara itu, pengendali skuad B-22 Indonesia, Luis Milla Aspas, mengakui gol awal skuad negara menjadi titik tolak kekalahan pasukannya itu.

“Jaringan awal itu menyukarkan kami.

“Pemain tidak dapat mengawal permainan masing-masing dalam tempoh 20 minit pertama dan kad merah pada babak kedua menambah lagi kesukaran kami untuk bangkit,” katanya.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");