Sukan Hari Ini

Liga Super: JDT tundukkan T-Team

KUALA TERENGGANU: Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengukuhkan kedudukan di persada Liga Super apabila membelasah T-Team 6-1 dalam aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini semalam.

Juara bertahan Liga Super itu membuka tirai jaringan pada mint ke-23 menerusi penyerang import, Gabriel Guerra, yang melepaskan rembatan kaki kanan dari jarak dekat untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Mohd Hafidz Romly.

Penjaring terbanyak liga setakat ini, Mohamed Ghaddar, menggandakan kelebihan pelawat pada minit ke-41 sebelum S. Kunanlan menjadikan kedudukan 3-0 tiga minit kemudian.

Guerra sekali lagi mencatat nama dalam senarai penjaring pada minit ke-49, disusuli dengan gol jaringan Fadhli Shas pada minit ke-77 untuk menjadikan kedudukan 5-0.

Skuad Harimau Selatan terus berpesta gol apabila penyerang import, Gonzalo Cabrera, menjaringkan gol keenam pada minit ke-81 sebelum T-Team meraih gol sagu hati tiga minit kemudian menerusi sepakan penalti Yannick N’Djeng.

Kemenangan itu mengekalkan jarak 11 mata di antara JDT dan pasukan di tangga kedua, Kedah.

Sementara itu, Melaka United kekal di zon penyingkiran selepas tewas 2-0 di tangan Pahang di Stadium Darulmakmur.

Gol daripada Yamil Romero dan Mohamadou Sumareh pada setiap babak memastikan skuad Tok Gajah terus berada dalam kelompok tiga teratas liga dengan 30 mata.

Pahang yang dikejutkan dengan berita penggantungan pengendali, Dollah Salleh, selama 18 bulan, mempamerkan aksi yang konsisten untuk membuatkan pelawat pulang tanpa sebarang mata.

Kekalahan itu menyaksikan Melaka United kekal di tangga ke-11 liga, dua mata mengatasi pasukan terbawah, Pulau Pinang.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");