Berita Hari Ini

Akibat Masalah Teknikal, Penerbangan AirAsia Ke Cochin Berpatah Balik

PUTRAJAYA: Pesawat AirAsia penerbangan AK37 menuju ke Cochin, India, dari Kuala Lumpur hari ini terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbangsa Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) berikutan masalah teknikal, menurut kenyataan AirAsia di sini.

Kenyataan itu menyebut penerbangan itu yang berlepas ke India pada 6.25 pagi, mendarat dengan selamat di klia2, selepas dua jam penerbangan

Tanpa mengulas lanjut, AirAsia berkata penerbangan itu dijadualkan semula untuk berlepas pada 3.45 petang ini.

“Semua penumpang diurus dengan baik oleh AirAsia. Kami dengan ikhlas memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku,” menurut kenyataan itu.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");