Isu Panas

Mustahil UCP Ada Lebih 15,000 Ahli

SHAH ALAM – Beberapa pemimpin politik di Melaka menafikan wujud sebuah parti politik baharu di negeri itu yang telah mempunyai jumlah keahlian lebih 15,000 orang walaupun hanya didaftarkan pada April lalu.

Berita itu mula disebarkan dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu, dengan menamakan parti berkenaan sebagai United Chinese Party (UCP).

Mengikut laporan, parti itu dikatakan telah didaftar di dalam Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dengan memilih bunga mawar sebagai logo parti.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP Melaka, Tey Kok Kiew menerusi laporan Sin Chew Daily, beliau tidak tahu menahu mengenai kewujudan UCP dan matlamat penubuhannya.

“Sekiranya UCP ditubuhkan untuk menentang DAP, ia tidak menjamin negara membina masa depan lebih cerah. Sebaliknya penubuhannya hanyalah untuk kepentingan peribadi semata-mata.

“Mungkin ini adalah strategi musuh ke atas DAP,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him pula berkata, beliau hanya mendapat tahu berita itu dua hari lalu dan menganggap parti itu mempunyai lebih 15,000 ahli adalah perkara mustahil.

“Melaka adalah negeri yang kecil, apatah lagi dikatakan mampu menarik 15,000 ahli hanya dalam masa tiga bulan. Saya rasa laporan berita ini boleh diragui,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");