Jenayah

Powerbank Terbakar Cetus Panik Di Lapangan Terbang

ISTANBUL: Lapangan Terbang Ataturk panik seketika apabila pengecas mudah alih atau powerbank yang dilempar seorang penumpang terbakar.

Pengendali lapangan terbang itu berkata, penumpang tersebut bertindak agresif kerana marah tidak dibenarkan membawa masuk peranti elektronik tersebut ke dalam pesawat dalam penerbangan ke United Kingdom.

“Seorang penumpang enggan menyerahkan powerbank apabila menaiki pesawat ke United Kingdom.

“Dalam pertengkaran itu, dia menghempaskan powerbank sehingga menyebabkan ia terbakar.

“Namun tiada mangsa cedera dalam insiden itu,” kata Lapangan Terbang TAV dalam satu kenyataan di Twitter mereka.

Akaun Twitter itu turut menyiarkan siri tweet reaksi penumpang yang berkata terlihat ‘letupan kecil dan kebakaran’ dalam kawasan menaiki pesawat ke Britain dan Amerika Syarikat.

Penumpang berkenaan, yang mendakwa berada 10 meter dari lokasi kejadian, berkongsi imej asap di depan pintu balai pelepasan.

Susulan insiden itu, lelaki warga Britian itu ditahan pihak berkuasa Turki.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");