Isu Panas

‘Nothing To Hide 2.0’ Hanya Muslihat Tun M

KUALA LUMPUR – Debat ‘Nothing To Hide 2.0’ yang bakal dianjurkan Armada bulan depan hanya membuang masa dan tidak memberi sebarang faedah kepada rakyat.

Exco Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, program tersebut adalah muslihat Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menunjukkan kehebatannya beretorik.

Ini kerana katanya, isu mahu dibangkitkan pengerusi pakatan pembangkang itu sudah dijawab berkali-kali, sama ada oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri atau pihak berkaitan.

“Tidak guna berdebat kerana tidak akan mencapai apa-apa matlamat dan sia-sia. Penganjuran program itu tidak jelas kerana hanya mencari kesalahan pemimpin khususnya Perdana Menteri dan tidak membantu menyelesaikan masalah rakyat.

“Lebih baik jika Mahathir menggunakan program itu untuk menjawab dakwaan daripada Exco Armada, Muhammad Hafiz Azhar terutama mengenai kekayaan luar biasa anak beliau dan juga skandal Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya, semalam lapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir semalam yang mengajak Najib menyertainya dalam program tersebut 13 Ogos ini untuk menjawab pelbagai isu yang dibangkitkan rakyat.

Nazir berkata, sepatutnya Mahathir menjelaskan kepada rakyat pada program itu sama ada beliau masih kekal dan konsisten dengan kenyataannya Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan perbuatan di luar tabii seperti didakwanya pada 1998.

Katanya, seperti diminta Perdana Menteri sebelum ini, selagi semua tuduhan itu tidak dijawab Mahathir, rakyat jelata akan sangsi sekali gus ia hanya mainan dan sandiwara politik yang tiada keikhlasan.

“Jika perlu, Mahathir boleh bersumpah di hadapan al-Quran bahawa tindakan beliau pada 1998 hanya pembohongan belaka dan semata-mata untuk menyelamatkan politiknya.

“Kami berharap Mahathir cermin diri dulu sebelum ghairah mahu membogelkan pihak lain. Kami juga harap Mahathir berehat sahaja daripada politik kerana usianya yang hampir satu abad, “ katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");