Isu Panas

Pakatan Harapan Satu Pakatan Yang Berkecamuk –Hishamuddin

LENGGONG: Struktur kepimpinan utama Pakatan Harapan yang diumumkan baru-baru ini jelas menunjukkan pakatan pembangkang itu suatu pakatan yang berkecamuk.

Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas – Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata selain tidak mempunyai ketentuan kukuh dari segi kepimpinan pakatan tersebut juga dilihat gagal dari segi pembentukkan hala tuju dan perjuangan.

 

“Pakatan mereka ialah pakatan yang berkecamuk kerana jelas dapat dilihat, secara semberono, mereka meletakkan tiga nama sebagai ketua untuk memimpin mereka dan ini menjadi tanda tanya kepada semua yang siapa sebenar yang benar-benar memimpin pakatan itu”, katanya.

Selain itu, Hishamuddin berkata pemimpin pembangkang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang tetap kerana melantik individu-individu tertentu, yang dahulu pernah dikatakan tidak layak memimpin, dalam kepimpinan Pakatan Harapan.

 

“Kalau dulu, nama-nama yang disenaraikan itu (seperti Tun Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin) ini dihujahkan mereka, tidak layak untuk menjadi pemimpin tapi hari ini diangkat pula menjadi ahli-ahli kepimpinan utama dan saya tak pasti sama ada mereka serius dalam perjuangan atau tidak”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Pemuda UMNO Bahagian Lenggong Kali ke-14 dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Lenggong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Lenggong, pada Ahad.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");