Sukan Hari Ini

Pandelela Dan Jun Hoong Mara Ke Final

BUDAPEST: Dua penerjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong, berjaya menempa nama ke saingan akhir acara 10 meter platform individu dalam Kejohanan Dunia Akuatik di sini, semalam.

Selepas membutirkan pingat gangsa dalam acara 10 meter platform seirama kelmarin, Pandelela dan Jun Hoong kembali dengan misi meraih kejayaan dalam acara individu.

Walaupun harapan lebih disandarkan kepada Pandelela, Jun Hoong menempatkan dirinya di tempat ketiga selepas terjunan pertama dengan meraih 76.50 mata.

Bagaimanapun, kesilapan yang dilakukan Jun Hoong pada terjunan kedua menyaksikan dia jatuh ke kedudukan ke-11, begitu juga Pandelela yang seakan-akan belum mendapat rentak, menghuni kedudukan ke-14.

Terjunan kurang kemas turut dialami wakil China, Ren Qian yang gagal memimpin kedudukan bermula daripada terjunan ketiga.

Namun, tempatnya diambil alih rakan senegara, Si Yajie, yang cuba disaingi wakil Korea Utara, Kim Kuk Hyung dan Cho Eunbi dari Korea Selatan.

Dua wakil negara itu kemudiannya memperkemas terjunan, sekaligus memastikan kedua-duanya layak ke saingan akhir selepas Jun Hoong menamatkan saingan di tempat ketujuh sementara Pandelela kelapan.

 

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");