Membawang Hari Ini

17 Artis Anak Felda Bakal Meriahkan Karnival

BANGI: Seramai 17 artis kelahiran Felda bakal membuat persembahan pada Konsert Ekspresi Felda Negaraku Malaysia bersempena dengan sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya Sabtu ini.

Antara artis terlibat ialah Mawi, Sufian Suhaimi, Que Haidar, Jalil Hamid, Along Exist dan Rahmat Mega yang bakal menyanyikan 32 lagu secara keseluruhan pada konsert itu, yang bermula pada 9 malam. 

Timbalan pengarah besar (pembangunan komuniti) Felda, Anuar Malik berkata konsert itu adalah sebahagian daripada sambutan Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia selama tiga hari bermula Jumaat ini bagi meraikan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan.

“Acara yang dijalankan sepanjang karnival ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga Felda yang menabur bakti dalam pembangunan dan kemajuan Felda selain merapatkan hubungan silaturahim sesama mereka.

“Masih terdapat segelintir pihak yang tidak begitu mengenali artis kelahiran Felda, jadi persembahan artis pada malam itu bertujuan memperkenalkan mereka kepada umum,” katanya pada sidang media mengenai Karnival Ekspresi Felda Negaraku Malaysia di Institut Semarak Felda di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden Ikatan Seni Komuniti Anak Felda (ISKAF) Jalil Hamid berkata selain persembahan konsert, artis-artis juga akan terlibat dalam beberapa program sepanjang tiga hari sambutan itu.

“Pelbagai pertandingan kesenian akan diadakan seperti pertandingan kugiran, nyanyian solo dan pertandingan tarian.

“Artis-artis ini turut menjadi pengadil dalam beberapa pertandingan dan acara yang berlangsung,” katanya. 
—BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");