Perak Hari Ini

PAWE Ruang Istimewa Buat Warga Emas

SLIM RIVER:Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Slim Village di Kampung Sawa di sini diharap dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh warga emas di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata penubuhan PAWE adalah satu idea kreatif yang menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat warga emas.

“Saya anggap idea bagi mewujudkan PAWE ini kreatif dan diharapkan ia dapat dilaksanakan di setiap daerah kerana penubuhan pusat ini tidak memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Kita sering bercerita mengenai keperluan warga muda yang memerlukan prasarana seperti pusat sukan dan sebagainya namun ada kalanya kita melupakan keperluan warga emas kerana perkembangan pendidikan dan kesihatan semakin baik maka banyak generasi warga emas yang berusia 70 keatas masih tinggal di kampung-kampung yang memerlukan aktiviti yang bersesuaian untuk mereka,” katanya dalam satu sidang media Majlis Teras Kesejahteraan Rakyat dan Sambutan Aidilfitri 2017 Felda Sungai Behrang bersama Menteri Besar di Dewan Semai Bakti hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan bangunan PAWE ketiga yang akan beroperasi di Kampung Sawa Slim Village di sini.

PAWE dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti santai seperti sudut bacaan, ruang permainan tradisional dan anyaman.

Pusat ini juga menjaga kebajikan orang tua, menggerakkan aktiviti raidah, mengeratkan silaturahim sesama warga emas di satu-satu kawasan.

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");