Perak Hari Ini

Kampung Kuala Slim Ada Keunikan Tersendiri-MB Perak

SLIM RIVER:Kampung Kuala Slim memiliki keistimewaannya tersendiri bagi berentap sebagai pemenang pada Hari Penilaian Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata keistimewaannya bukan sahaja terletak pada kesepaduan penduduknya malah kegiatan ekonominya yang pelbagai.

Terdahulu barisan panel hakim penilai Anugerah Desa Perdana Peringkat Kebangsaan 2017 hadir membuat penilaian yang akan diumumkan pada Ogos ini.

Jelas Zambry, keunikan Kampung Kuala Slim telah terbukti apabila terpilih sebagai kampung ‘mentor’ yang menjadi contoh kepada semua.

“Masyarakatnya hidup dalam keadaan yang bersatu malah Jawatankuasa Kampung (JKKK) Kuala Slim juga sentiasa bekerjasama memajukan kampung,” katanya semasa menyampaikam ucapan perasmian majlis tersebut.

Kampung Kuala Slim mewakili negeri Perak untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Zambry turut berharap agar Kampung Kuala Slim akan muncul juara di peringkat kebangsaan seperti yang diharapkan penduduk setempat dan jawatankuasa kampung.

Kampung ini juga terkenal dengan perusahaan cendawan, ternakan kambing dan tanaman limau.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");