Perak Hari Ini

Pembangunan Tanah Pertanian Tunjuk Impak Positif

SLIM RIVER:Pemberian tanah ladang pertanian kepada beberapa agensi kerajaan negeri yang terpilih sejak empat tahun yang lalu telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tapak tanah berkenaan diberikan kepada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Yayasan Perak dan Sekolah Tamil merupakan antara usaha kerajaan negeri bagi membantu dari segi pembangunan sektor masing-masing

“Bagi MAIPk sendiri, tanah itu diwakafkan bertujuan untuk menguruskan saraan masjid-masjid dalam negeri ini, begitu juga dengan sekolah masyarakat India untuk pendidikan mereka.

“Perkembangan setiap agensi begitu baik dan tidak seperti dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa projek itu masih terbengkalai,” katanya selepas mengadakan lawatan ke ladang MAIPk di Sungkai hari ini.

Tambahnya lagi, isu pengurusan tanah pertanian sawit itu terlalu dijadikan bahan politik peribadi pihak tertentu sehingga tidak diberikan fokus yang baik kepada manfaatnya.

“Komitmen ditunjukkan jawatankuasa pertanian melibatkan golongan masyarakat juga baik dan kelihatan proses penanaman telah dijalankan serta membuahkan hasil sejak diberikan sekitar empat tahun lepas,” katanya.

Sementara itu,pada program permukiman Menteri Besar di daerah Mualim yang masuk hari kedua hari ini beliau turut menyifatkan pembinaan Dataran Amanjaya Slim Village dirasmikan hari ini sebagai satu pusat aktiviti baru buat penduduk setempat.

“Dataran amanjaya telah disiapkan dan ia adalah satu lokasi baru untuk dijadikan sebagai pusat aktiviti kepada penduduk setempat selain menjadi mercu tanda kepada antara 48 pekan kecil yang dirangka dibina seluruh daerah di negeri ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");