Perak Hari Ini

Pemimpin Perlu Layan Rakyat Seperti VVIP-KJ

TAIPING: Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menegaskan terdapat lima kriteria penting perlu dipenuhi pemimpin dan juga ahli UMNO dalam usaha memenangi hati rakyat.

Jelasnya, paling penting rakyat perlu diraikan seperti mereka ialah ‘VVIP’ supaya mereka terus bersama parti keramat itu.

“Saya tanya orang Melayu, apa pandangan mereka terhadap UMNO jawab orang yang bukan ahli UMNO ..kami sayang kepada UMNO satu pilihan tepat untuk Melayu tetapi ada kalanya masalah bukan UMNO tetapi segelintir orang UMNO.

“Sekarang rakyat banyak pilihan dahulu hanya UMNO dan PAS kini ada lima pilihan..kita dalam UMNO, pemimpin dan ahli UMNO mesti tunjuk sikap sebenar supaya mereka berada bersama kita,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Taiping kali ke-29 di Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah di sini hari ini.

Jelasnya lagi pemimpin UMNO juga perlu bersih, berintegriti dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan untuk membantu rakyat.

“Kompeten atau cekap perlu ada pada ahli..dah cakap buat jangan tunggu sampai setahun dua tahun tak buat..rakyat adalah pelanggan kita kalau tak layan sebagai pelanggan dia akan pergi ke tempat lain dan banyak pilihan,” katanya.

Jelas Khairy lagi ciri seterusnya ialah pemimpin itu juga perlu perihatin  dan peduli pada rakyat.

“Kita perlu memiliki hati rakyat sayang pada rakyat kita memikirkan soal rakyat jangan keluarkan kenyataan yang boleh menyakiti hati rakyat.

“Jangan kata ayam mahal jangan makan ayam, itu menyakiti hati rakyat orang tengah susah dan kita juga cuba pulihkan ekonomi negara jangan keluarkan kenyataan yang mencerminkan kita tidak ada hati perut,”katanya.

Malah ciri yang terakhir jelasnya pemimpin UMNO juga perlu menepati janji dan tidak lagi bercakap hanya retorik semata-mata.

“Sekarang zaman telah berubah jika tiada kredibiliti macam mana untuk berdepan dengan rakyat,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");