Perak Hari Ini

Penduduk Orang Asli Pos Piah Bantah Aktiviti Pembalakan

KUALA KANGSAR: “Mengapa pihak kerajaan meluluskan sijil pembalakan ini”, demikian luahan 20 orang penduduk Kampung Orang Asli Pos Piah.

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Pos Piah, Najib Alang

Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Pos Piah, Najib Alang berkata penduduk kampung berkenaan membantah penerokaan hutan yang didakwa dilakukan sekitar satu kilometer daripada rumah mereka.

Malah katanya, sebuah syarikat pembalakan telah memulakan kerja-kerja pembalakan di kawasan Tanah Adat di Kampung Kembok, Pos Piah yang dikhuatiri akan memberikan kesan terhadap kehidupan penduduk setempat.

“Kami sayang hutan dan tanah dan jika tiada itu kami seolah tiada kehidupan.

“Mengapa pihak kerajaan meluluskan sijil pembalakan ini dan sebab itu kami tidak berpuas hati kerana ia menjejaskan kehidupan seharian kami,” katanya kepada media setelah menyerahakan surat bantahan kepada Jabatan Hutan Daerah Kuala Kangsar di sini hari ini.

Surat bantahan tersebut dihantar bagi meminta pihak berkenaan memilih satu tarikh yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat dengan pihak terlibat termasuk penduduk kampung Pos Piah sendiri mengenai tindakan pembalakan itu.

“Pihak ini tidak berbincang terlebih dulu dengan Tok Batin dan penduduk Kampung Pos Piah sendiri dan hanya mendengar persetujuan daripada satu pihak sahaja,” katanya.

Tambah Alang lagi, pihaknya akan membuat satu laporan Polis hari ini dan meminta agar proses pembalakan dihentikan sementara sehingga proses pembincangan diadakan semula.

“Pihak kerajaan perlu kesiankan kami, di sini kami hidup, pertimbangkan tentang pembalakan itu.

“Kami khuatir sumber hutan seperti tumbuhan herba dan makanan akan terjejas kerana pembalakan ini dan ini yang kami sayang menceroboh,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");