Perak Hari Ini

Perak Negeri Pertama Bakal Menikmati Perkhidmatan 1Serve JPA

IPOH: Perak bakal menjadi negeri pertama memiliki perkhidmatan awam 1Serve, fasa pertama peringkat nasional di negara ini.

Inisiatif di bawah pendekatan Strategi  Lautan Bitu Kebangsaan (NBOS) tersebut akan memperlihatkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan dalam satu kaunter.

 

Ketua Pengarah Perkhidamatan Awam, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata perkhidmatan ini mengambil contoh perkhidmatan 1Serve yang dilakukan oleh beberapa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini di mana satu kaunter boleh menguruskan lebih dari satu perkara berkaitan dengan jabatan berkenaan.

“Sebagai contoh, kaunter JPJ di sini menawarkan empat perkhdimatan seperti pembaharuan lesen memandu, permohonan butiran lesen pemandu dan sebagainya, manakala kalau di JIM, di satu kaunter, pelanggan dapat membuat permohonan pasport, pembaharuan pasport dan banyak lagi.

 

“Dan di Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pula, mereka ada menyediakan 11 perkhidmatan kepada kaunter 1Serve mereka dan model-model seperti ini kita ambil dan selepas ini, pelanggan dapat menikmati perkhidmatan dari ketiga-tiga jabatan terlibat hanya dalam satu kaunter”, katanya.

Tambah beliau, perancangan yang bakal direalisasikan kira-kira dalam masa satu ke dua tahun ini, akan ke Perlis dan Negeri Sembilan bagi perkhidmatan 1Serve fasa kedua.

“Buat masa ini, bagi fasa terawal ini, kita hanya akan libatkan beberapa agensi dahulu dan selepas beberapa kajian dan respon, kita akan bergerak ke hadapan dan mungkin akan libatkan hampir kesemua JPA dalam perkhidamatan 1Serve ini di seluruh negara”, katanya kepada media.

 

Terdahulu beliau sempat melakukan lawatan kerja ke kaunter JPJ, JPA dan JIM di UTC Perak, yang turut disertai Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man,  dalam program Walkabout 1Serve di sini pada Isnin.

Pada masa sama, Zainal berkata dengan inisiatif yang tercetus sejak Oktober 2014 seperti ini ia akan memudahkan urusan pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik, seiring dengan kemajuan negara dan hasrat Transformasi Nasional 50 (TN50).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");