Perak Hari Ini

Rabies: Keputusan Tiga Sampel Anjing Diketahui Jumaat Ini

TANJUNG MALIM: Keputusan ujian ke atas sampel bagi tiga ekor anjing yang dikesan menghidapi penyakit anjing gila ataupun rabies akan diketahui seawalnya Jumaat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata setakat ini lima daripada lapan sampel yang diambil pada 18 Julai lalu didapati negatif.

“Daripada 48 ekor anjing liar yang kita dapat, lima daripadanya telah dihantar untuk ujian di Jabatan Perkhidmatan Vaterina Perak semalam dan keputusannya negatif.

“Malam tadi kita juga ada mengambil tiga lagi sample dan keputusannya akan kita ketahui seawal Jumaat ini manakala selebihnya kita akan lupuskan”, katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Rabies Perak turut menyatakan bahawa langkah berterusan ini merupakan prosedur biasa yang telah ditetapkan apabila ada kawasan yang diwartakan sebagai kawasan wabak, seperti di Kuala Sepetang.

Tambah Mah, jika ianya didapati negatif, ia akan dirujuk kembali kepada Jabatan Perkhidmatan Vaterina dan Jabatan Kesihatan negeri untuk tindakan selanjutnya.

Pada masa sama, sebanyak 65 ekor anjing dan 67 ekor kucing yang dipelihara di kawasan warta telah diberi vaksin sebagai langkah berjaga-jaga.

“Saya juga meminta agar semua pihak memberi kerjasama dan mematuhi undang-undang kawasan pewartaan wabak,” katanya kepada media selepas mengadakan mesyuarat Khas Menangani Rabies di Bangunan Majlis Daerah Tanjung Malim pada Rabu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");