Berita Hari Ini

Sasar Dividen 10 Peratus Untuk Ahli

KUALA LUMPUR: CO-OPBANK Persatuan (CBP) menyasarkan bayaran dividen 10 peratus kepada anggota menjelang 2020.

Pengerusinya Kamari Zaman Juhari berkata, bank koperasi terbabit merancang mempertingkatkan pengurusan modal bagi mencapai matlamat terbabit.

“Bagi mempertingkatkan modal, CBP perlu mencari lebih ramai pelabur untuk melabur dalam CBP. Semakin ramai pelabur, semakin tinggi nilai modal.

“Dari situ, matlamat untuk membayar 10 peratus dividen kepada anggota akan tercapai,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka bank koperasi itu di Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, CBP juga memperkenalkan beberapa produk terbaru termasuk skim pajak gadai Islam Ar-Rahnu, Takaful Keluarga dan Produk Wasiat.

“CBP komited dalam memperkukuhkan modal insan agar produk dan servis yang ditawarkan kepada pelanggan dilakukan dengan lebih efektif dan efisyen,” katanya.

CBP atau sebelum ini dikenali sebagai Bank Persatuan ditubuhkan sejak 1950 dengan nama asal Province Wellesley Co­operative Union Bank Li­mited.

Sehingga hari ini, CBP memiliki 20 buah cawangan di seluruh negeri di Malaysia

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");