Membawang Hari Ini

Yuna Curi Perhatian Lagenda Jazz Dunia

Baru-baru ini penyanyi bertaraf antarabangsa Yunalis Zarai, 31 atau Yuna khabarnya mendapat pujian daripada legenda jazz dunia, Quincy Jones, 84, yang juga idolanya sejak zaman remaja.

Laporan Utusan online menyebut, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Jones di laman Facebook miliknya, penyanyi tersebut menyifatkan Yuna sebagai seorang artis muda yang bukan saja boleh memberi inspirasi kepada generasi baharu, tetapi juga orang lama sepertinya.

“Separuh abad saya menghabiskan kerjaya dalam bidang ini dengan pelbagai pengalaman termasuk memberi penghormatan terhadap guru-guru ketika membuat sesuatu yang boleh mendatangkan inspirasi.

“Yuna merangkumi semua itu, penuh dengan komitmen berbekalkan suara emas miliknya. Dia juga tidak lupa menghargai pengaruhnya, sebab itu saya sangat menghormatinya,” tulisnya.

Tambah penghibur itu, beliau sempat berbual mesra dengan Yuna ketika bertemu pada majlis pelancaran fonkepala JBL E55BT Quincy Edition di Amerika Syarikat pada 8 Julai lalu.-MD

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");