Jenayah

2 Pelajar IPT Ditahan Kes Culik Budak 9 Tahun

RASAH: Dua pelajar institusi pengajian tinggi yang disyaki melarikan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun dari rumahnya di Kuarters Politeknik Port Dickson kelmarin direman bermula hari ini.

Lapor Utusan Online, polis mendapat perintah reman itu di Mahkamah Khas (Reman) Seremban di sini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Mahkamah tersebut membenarkan penuntut berusia 21 dan 18 tahun masing-masing direman enam dan empat hari.

Perintah reman terhadap kedua-dua lelaki terbabit dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim.

Suspek ditahan polis pada pukul 4.45 petang semalam ketika membeli tiket wayang di pusat beli-belah di Seremban.

Kanak-kanak tersebut, Faralisya Amani Fazil dilaporkan hilang dari rumahnya pada pukul 6.40 pagi ketika ibunya, Nur Asyikeen Ramli, 33, ingin mengejutnya pergi ke sekolah.

Mangsa ditemukan semula dalam keadaan tangannya terikat berhampiran lampu isyarat dekat pondok pengawal kuarters berkenaan selepas hilang selama 15 jam disyaki dilarikan oleh pencenayah yang memecah masuk rumahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");