Isu Panas

Abdul Hadi Mungkin Berperanan Cetus Tragedi Memali, Korbankan 18 Nyawa: Rahim Noor

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor semalam menyatakan bahawa beliau percaya ‘Amanat Hadi’ menjadi inspirasi kepada pengikut Pas ketika itu, dengan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali Ibrahim Libya, antara yang memegang teguh amanat itu.

Rahim juga berpendapat, Abdul Hadi mungkin ada peranan tercetusnya tragedi Memali yang mengorbankan 18 nyawa.

Malah, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, sekiranya RCI Memali itu ditubuhkan, Abdul Hadi mungkin antara individu yang dipanggil untuk memberikan keterangan.

Bagaimanapun perkara itu kini seolah-olah sengaja di kontroversikan bagi membolehkan Hadi meraih publisiti murahan. Malah penyokong Pas tegar ternyata berjaya dikaburi dek kerana imej Hadi yang kononnya memperjuangkan agama.

Apa yang menjadi kemusykilan adalah Hadi kini kononnya memerlukan tempoh satu jam secara langsung di mana-mana stesen televisyen tempatan untuk menjelaskan kontroversi ‘Amanat Hadi’ hingga dikaitkan dengan tragedi berdarah Memali pada 1985.

Bagaimanapun permintaan ini secara tersiratnya hanyalah untuk menambahkan lagi penipuan Hadi bagi menghalalkan hasrat beliau yang mahukan kekuasaan.

Amanat Hadi 1981 ternyata memberi impak yang sangat dasyat kepada umat Islam sebenarnya dimana dalam tidak sedar ia boleh memesongkan akidah.

Siapalah Hadi yang boleh menentukan seseorang itu kafir dan akibat dari Amanat 1981 maka berlakulah Tragedi Mamali.

Perlu diingat, tragedi berkenaan bukan sahaja telah meragut nyawa pengikut Mamali malah ada polis yang terkorban.

Persoalannya mengapa?

Dan kemudian muncul Amanat Hadi 2003 dimana ia jauh terpesong dari perjuangan dan prinsip dalam Amanat Hadi 1981.

Setelah 14 tahun Hadi mewujudkan Amanat 2003 namun baru kini beliau nak jelaskan.

Mengapa Setelah 14 Tahun?

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");