Membawang Hari Ini

Anzalna Lebih Tenang

Pelakon Anzalna Nasir berharap ada iktibar diambil daripada insiden di antara adiknya dengan suami orang, baru-baru ini.

Untuk itu, Anzalna memasang harapan agar tidak timbul sebarang masalah ketika semua pihak yang terlibat mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin.

“Semoga Allah mempermudahkan urusan kami. Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khoir. Birohmatika ya ar hamar rohimin.

“Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan,” tulisnya dalam akaun Instagram hari ini.

Pada masa sama, Anzalna berharap segala kekalutan dan spekulasi yang timbul akan diperjelaskan apabila tiba harinya nanti.

“Akhir kata tunggulah kenyataan daripada adik saya,” katanya.

Nama Aznalna terpalit dengan kontroversi selepas dia meluahkan perasaan berhubung isu adiknya, Afifah Nasir, yang ‘kantoi’ ketika keluar dengan Alif Aziz yang sudah beristeri.

Terdahulu, di ruangan komen, Anzalna diminta peminat untuk menjaga kelakuan Afifah.

Namun, tidak berdiam diri, Anzalna mengeluarkan komen ‘pedas’ apabila adiknya didakwa menjadi orang ketiga dalam isu terbabit.

“Perempuan yang baru bersalin ni lain sikit perangainya, bak kata orang meroyan, tapi itu orang tua cakap, jangan salahkan I,” katanya.

Ekoran komen itu, netizen menjadi berang lalu mempertikaikan pendirian Anzalna yang dianggap tidak wajar.

Walaupun yang mencetus spekulasi adalah adiknya, namun sebagai kakak, Anzalna tidak terlepas daripada menjadi buah mulut ramai.

Selama beberapa hari, akaun Instagram Anzalna diletakkan dalam status privasi, sehinggalah dibuka semula kepada umum hari ini.

Luah Anzalna, sebagai manusia dia tidak terlepas daripada ujian dan membuat kesilapan.

Dia juga nampak bersikap terbuka dengan kritikan orang ramai kepadanya.

“Tak rasa sedih dicaci, tak mahu menagih puji… Setiap manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan.

“Allah tidak akan mensia-siakan orang yang bersabar dan reda dengan setiap dugaan dariapda-Nya.

“Amat rugilah seseorang itu apabila Allah hadirkan ujian kepadanya, dia masih di takuk sama. Mengeluh tak berkesudahan. Menyalahkan itu dan ini,” katanya.

Insiden Afifah dan Alif itu terdedah ekoran rakaman kamera litar tertutup sebuah karaoke di Cheras memaparkan mereka berjalan sambil berpegangan tangan.

Susulan kejadian itu, isteri Alif, Bella Astillah – atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah – cuba berbincang dengan suaminya.

Namun pergelutan dikatakan berlaku sehingga Bella luka di bahagian muka dan lutut.

Ketika itu Bella yang masih berpantang ditemani oleh ibunya.

Bella, 23, kemudian membuat laporan kepada polis dan Alif ditahan pada Jumaat sebelum dibebaskan sehari kemudian.

Bella yang ditemui media semalam pula menyatakan perasaannya begitu terkilan apabila dituduh meroyan tidak tentu pasal.

Bagi Bella, tindakannya datang ke pusat hiburan dan cuba berbincang dengan suami secara baik tidak boleh dianggap meroyan.

“Saya tidak meroyan, keluarga di Sabah juga menganggap perkataan itu tidak manis dan amat menyakitkan hati.

“Sebenarnya, saya ada meminta suami untuk keluar dan berbincang tetapi wanita (Afifah) itu tidak memberi ruang dan peluang berbuat demikian.

“Saya cuba bersabar, tetapi ada kalanya dalam situasi seperti itu kesabaran pun hilang,” katanya yang baru melahirkan Mohamad Ayden Adrean pada 8 Julai lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");