Jenayah

Pasangan Tinggal Bayi Dalam Lokar Sebab Nak Berjimat

Pasangan suami isteri dari China mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen selepas meninggalkan anak bongsu mereka di dalam sebuah lokar baju awam.

Difahamkan sebuah rakaman video memaparkan wanita itu membawa keluar anaknya dari loker baju tersebut.

Seorang pekerja yang membantu pasangan itu membuka pintu lokar tersebut turut dilihat terkejut selepas mendapat tahu ada seorang kanak-kanak di dalamnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di sebuah pusat kolam renang di Yangjiang, Guangdong, China lapor Astro Awani.

Menurut laporan portal China Kan Kan News, pasangan itu dipercayai meninggalkan anak mereka di situ kerana tidak mahu membayar untuk servis penjagaan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ia masih tidak jelas berapa lama bayi itu ditinggalkan di loker tersebut dan kanak-kanak itu dilapor tidak menunjukkan sebarang tanda sesak nafas.

Malah kebanyakan netizen memberi reaksi terkejut dan menyifatkan tindakan pasangan itu sebagai ‘gila’ dan tidak bertanggungjawab.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");