Berita Hari Ini

Arab Saudi Dakwa Pengguna Twitter

RIYADH: Sekumpulan pengguna Twitter di Arab Saudi akan didakwa atas tuduhan menjejaskan ketenteraman awam dengan mengancam keselamatan masyarakat yang mengamalkan ideologi sederhana menerusi aktiviti keganasan.

Agensi berita tempatan SPA yang memetik satu kenyataan melaporkan bahawa Ketua Pendakwa Raya Arab Saudi sudah mengeluarkan perintah semua pengguna Twitter terbabit semalam, tanpa mendedahkan nama dan jumlah mereka yang bakal didakwa.

Terdahulu, jurucakap Kementerian Maklumat dan Kebudayaan dalam mesej di Twitter berkata, seorang ulama Sunni yang dianggap radikal, Ali al-Rabieei, sudah dirujuk ke jawatankuasa ‘jenayah penerbitan’ atas kesalahan yang tidak dinyatakan.

Bagaimanapun, jurucakap kementerian tidak memberi maklum balas pertanyaan sama ada Ali adalah antara mereka yang bakal didakwa di mahkamah.

Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, pendakwa raya awam, Sheikh Saud bin Abdullah al-Muajab, berkata pihaknya menghormati hak dan kebebasan berpendapat.

Namun, beliau menegaskan bahawa pihaknya tetap akan mendakwa pihak yang mempromosikan elemen kebencian atau perpecahan atau mengelirukan orang ramai.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");