Sukan Hari Ini

Badminton KL2017: Malaysia Mara Separuh Akhir

KUALA LUMPUR: Skuad badminton wanita negara menempah tiket ke separuh akhir acara berpasukan selepas menewaskan Myanmar 3-0 di Arena Axiata, Bukit Jalil, di sini, sebentar tadi.

Dalam aksi suku akhir, Soniia Cheah muncul sebagai penyumbang mata pertama menerusi acara perseorangan, meraih kemenangan ke atas Thet Htar Thuzar, 21-9, 21-19.

Malaysia terus selesa dengan kedudukan 2-0 apabila beregu wanita negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tidak menghadapi sebarang masalah mengetepikan Nwe Nwe Aung-Su Win Aye, 21-5, 21-6,

Pemain harapan Malaysia, Goh Jin Wei mengesahkan kemaraan Malaysia apabila mengalahkan Gone Yi Lin Khin, 21-6, 21-8.

Aksi separuh akhir esok menyaksikan Malaysia akan berdepan Indonesia.

-STADIUM ASTRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");