Perak Hari Ini

Sultan Perak Rasmi Pusat (CPPC) Agroto Terbesar Di Malaysia

SIMPANG PULAI:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah berkenan merasmikan pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan (Collection, Processing, And Packaging Center (CPPC) Agroto Business (M) Sdn Bhd di Kinta Hinglands di sini hari ini.

Berangkat sama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut mengiringi Baginda, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Datuk Ahmad Rizal Abdul Rahman.

Agroto merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil daripada usahasama antara Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dan Bumper Orchard (M) Sdn.Bhd.

Projek yang dibangunkan seluas 2,600 ekar mengabungkan konsep teknologi pertanian moden dan tradisional melalui konsep penanaman hijau dan secara terbuka.

Agroto turut mengendalikan 500 ekar input ladang dengan penghasilan sekitar 5000 tan hasil pertanian sebulan bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan.

Baginda turut berkenan mengadakan lawatan ke pusat pengumpulan Pemprosesan dan Pembungkusan Agroto, kebun, pusat penanaman Green, & Red Coral House dan Pusat Penanaman Anggur.

Pengerusi AGROTO, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dalam ucapannya berkata AGROTO adalah sebuah pusat pengeluar sayuran yang lebih teratur kerana ia diusahakan oleh satu agensi sahaja malah produk pertaniannya juga telah sesuai dan berjaya.

“Aktiviti yang dibina di atas tanah seluas 2600 ekar sentiasa menitikberatkan penjagaan alam sekitar malah setiap pembangunan meminimumkan penerokaan hutan supaya tidak mengganggu ekosistem tanah tinggi keseluruhannya,” katanya.

AGROTO turut mensasarkan pengeluaran hasil tanaman yang bertambah sehingga 200 tan metrik atau 6000 metrik tan sebulan serta menjadi pengeluar terbesar sayuran di negara ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");