Jenayah

Bauksit: SPRM Tahan Pegawai PTG Pahang Didakwa Salur Maklumat Operasi

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang telah menahan seorang pegawai penguat kuasa dari Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Pahang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan perlombongan bauksit secara haram di Bukit Goh.

Memetik sumber Astro Awani, suspek berusia 33 tahun yang memegang jawatan sebagai pembantu am di unit penguat kuasa PTG negeri itu ditahan di Pejabat SPRM Pahang ketika dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Menurut sumber, suspek yang ditahan pada pukul 12.05 tengah malam tadi didakwa telah menerima wang suapan sebanyak RM250 hingga RM500 antara Mac 2017 hingga Julai 2017 daripada pelombong bauksit haram sebagai balasan untuk memberi maklumat mengenai operasi unit penguat kuasa PTG Pahang di sekitar Bukit Goh.

Kata sumber lagi, suspek akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");