Sukan Hari Ini

Bola Sepak KL2017: Kim Swee Mula Terbayang Ibu Pingat

SHAH ALAM: Ketua jurulatih bola sepak bawah 22 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee, mula terbayangkan pingat emas Sukan SEA apabila mengakui pasukannya mempunyai potensi untuk mencabar kejuaraan selepas cemerlang menumpaskan finalis edisi lalu, Myanmar 3-1, kelmarin.

Skuad negara bergelut dalam dua perlawanan awal bertemu Brunei dan Singapura.

Meskipun sekadar melakar keputusan 2-1 ke atas kedua-dua lawan, anak buah Kim Swee mempamerkan belang sebenar berdepan Myanmar.

Ia dibuktikan menerusi ketajaman penyudah jentera serangan dan keampuhan pertahanan mengekang asakan lawan walaupun dibolosi satu gol.

“Seperti saya katakan sebelum perlawanan ini, kami berpotensi untuk menewaskan sesiapa sahaja sekiranya pemain mengekalkan disiplin. Dengan taktikal berkesan kami mampu mengalahkan sesiapa sahaja,” kata Kim Swee, seperti dilapor portal Stadium Astro.

Kemenangan ketiga skuad negara dalam saingan Kumpulan A ditunjangi pemain penyerang N. Thanabalan yang menyumbang dua gol berkualiti, dengan Safawi Rasid turut melakar nama selaku penjaring sekaligus mengesahkan slot ke separuh akhir.

“Saya akan membuat yang terbaik dan terus menjaringkan gol pada perlawanan akan datang. Berdepan Laos, kami meletakkan sasaran untuk menang sekaligus memudahkan laluan di suku akhir nanti,” ujar Thanabalan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");