Perak Hari Ini

DUN Hutan Melintang:MB Perak Sudah Minta Penjelasan Elango

IPOH:Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengambil pendekatan enggan campur tangan dan menyerahkan tindakan penyiasatan sendiri oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berkaitan isu perpindahan pengundi ke DUN Hutan Melintang oleh Penasihat Menteri Besar Dato V.Elango seperti dakwaan Adun Hutan Melintang S.Kesavan.

Jelasnya, beliau sendiri telah meminta penjelasan mengenai isu tersebut daripada Elango sendiri dan sekiranya bersalah pihak SPR akan menyatakannya.

“Isu dengan SPR masing-masing ada caranya tersendiri dan mengenai tentang pemindahan,pastinya pihak kerajaan sentiasa dituduh seperti parti pembangkang tidak pernah melakukannya,” katanya kepada media hari ini.

Tambahnya lagi pihak SPR telah mengambil tindakan dan meminta pihak Elango memperbetulkan kesilapan alamat yang berlaku.

“Saya telah mendapatkan penjelasan daripada Elango mengenai pemindahan ini, permindahan dibuat perkara biasa kecuali ada undang-undang tidak boleh membuat pemindahan pengundi.

“Jika bermakna Elango melanggar undang-undang, cuba tanya SPR ada tidak undang-undang yang menyekat pergerakan pengundi seperti mana yang kita tahu..kalau itu berlaku dan menjadi kesalahan jadi ia menjadi kesalahan namun adakah SPR mengatakan bahawa proses pemindahan adalah satu kesalahan bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Tambahnya lagi, penyiasatan SPR dapati ada kesilapan teknikal dalam permohonan pertukaran alamat Elango dan dengan itu permohonannya tidak diterima yang mana memerlukan pembetulan semula.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");