Isu Panas

Kitar Semula Isu: DAP Membangkang Membuta Tuli

Hanya kerana ingin nampak hebat dimata rakyat, pemimpin DAP seringkali kali menimbulkan isu yang telah lapuk dan kitar semula. Itulah sebenarnya budaya yang diamalkan oleh pemimpin DAP Johor.

Pada mereka, dua tiga program yang mereka lakukan secara bermusim, kalau pun ada, mestilah diberikan perhatian dan kredit sepanjang zaman.

Terbaru, ADUN Senai, Wong Shu Qi, menyelongkar berita lama dan mengitar semula cerita kononnya pemerintahan Johor dibawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Khaled Nordin meniru Selangor.

Dakwaan berkenaan iaitu kononnya perlaksanaan Bas Muafakat Johor (BMJ) merupakan idea yang dicedok Johor dari Selangor.

Aktivis Persatuan Pemikir Muda Johor, Leonard Chin menerusi kenyataannya bagaimanapun menganggap dakwaan pemimpin DAP itu sebagai sesuatu yang bersifat keanak-anakan.

Malah, Leonard turut menyatakan bahawa sikap kemaruk dengan pujian dikalangan pemimpin DAP bukanlah perkara baharu di Johor.

“Ia pernah dilaungkan 2 tahun lepas usai Pembentangan Bajet Negeri Johor 2016 apabila wakil DAP dari Selangor, Hannah Yeoh, secara membabi buta mendakwa bahawa Bajet Johor 2016 menyedut Bajet Selangor.

“Barangkali ingatan Adun Senai sudah berkarat kerana terlupa menyemak kembali kenyataan balas Khaled, yang disiarkan dalam portal berita tempatan dua tahun lepas bertarikh 30 November 2015, bahawa Johor Kerajaan Negeri tidak memandang Selangor sebagai perbandingan dan suri teladan yang baik.

“Selangor bukanlah “standard kita” yang sesuai untuk dijadikan rujukan kepada pembangunan Johor kerana Johor telah berada dalam liga yang berlainan dan tersendiri. Johor harus mencontohi Singapura yang hanya 20 minit dari Johor Bahru dan bukannya Selangor!

Leonard menambah, bagi menjawab serangan kitar semula yang diambil dari ‘bank hujah lapuk’ Adun Senai tersebut, ada baiknya kita menyemak perkembangan serta pencapaian semasa pengangkutan awam Johor.

Malah katanya, BMJ hanya boleh dimanfaatkan oleh warganegara Malaysia, sedangkan bas SMART, walaupun dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor menggunakan hasil cukai warganya, ia bebas untuk dilenjan oleh mana-mana pendatang asing.

“Sebab itulah, dalam kebanyakan ulasan serta pelbagai maklum balas warga Selangor yang tertekan dengan isu ini, rata-rata mereka mengadu nasib kerana tidak berpeluang untuk menggunakan bas SMART dengan baik disebabkan oleh dasar Kerajaan Negeri Selangor yang menyamakan kedudukan dan hak mereka dengan pendatang asing.

“Jadi, di mana lebihnya Bas SMART? Lebih penting, apakah yang ditiru oleh BMJ dari Selangor? Wong Shu Qi perlulah peka, dan jangan hanya pandai menerkam tanpa berfikir.

Katanya lagi, sekalipun ingin menutup mata dan merehatkan otak dari berjalan, Shu Qi seharusnya mengakui penambahan sebanyak 32 buah laluan baru telah menjadikan keseluruhan laluan BMJ bertambah baik dengan 47 laluan keseluruhan.

Ia melibatkan penambahan jarak sebanyak 1357 KM serta peruntukan tambahan sebanyak RM 21 Juta. Jumlah ini adalah lebih tinggi daripada jumlah peruntukan oleh Kerajaan Negeri Selangor (RM 20 juta) dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (RM 10 juta).

“Sebab itu kita katakana bahawa DAP kitar skrip lapuk dan perkara ini tidak memeranjatkan.

“Sebelum ini, telah pun timbul idea-idea tidak relevan, dangkal dan tidak praktikal yang diutarakan oleh DAP Johor dan aka nada pelbagai lagi isu yang bakal dikitar semula, ia bukan sesuatu yang pelik. Itulah DAP,” katanya lagi.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");