Perak Hari Ini

Gembira Sambut Bayi Merdeka!

IPOH: Laungan ‘Merdeka!’ yang diselangi dengan tangisan bayi bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa bayi tersebut, tetapi juga turut menceriakan keluarga terdekat dan kakitangan hospital yang berkhidmat menyambut kelahiran ‘bayi merdeka’ pada ambang Hari Kebangsaan ke-60, 12 tengah malam tadi.

Bagi Hospital Pantai, di sini, bayi pertama adalah bayi lelaki seberat 2.60 kilogram yang dilahirkan pada 12.53 tengah malam tadi merupakan bayi pertama bergelar ‘bayi merdeka’.

Berkongsi cerita, ibunya Nur Zulaika Baharin 29, kelahiran anaknya yang kedua pada hari bersejarah itu cukup bermakna biarpun terpaksa menahan kesakitan hampir tujuh jam semasa proses kelahirannya setelah dimasukkan ke wad bersalin pada jam 5.30 petang pada Rabu.

“Ini anak kedua sepatutnya tarikh bersalin pada 10 September depan dan sememangnya saya tidak menjangka bayi lahir lebih awal terutamanya pada tarikh ini,” katanya.

Zulaika dan suami, Muhamad Rizal Ali turut berkongsi pemilihan nama bayi iaitu Muhammad Razan Syarif.

Sementara itu, bagi seorang lagi ibu yang melahirkan bayi merdeka M.Kavitha turut tidak menyangka sama sekali akan melahirkan bayi sulungnya pada tanggal 31 Ogos 2017 berikutan tarikh bersalin dijangka pada 11 September ini.

“Bayi lahir 10 hari lebih awal, sememangnya saya tak jangka tetapi yang pasti saya cukup seronok,” katanya.

Kavitha yang turut ditemani ahli keluarga kelihatan ceria menyambut kelahiran bayi sulungnya seberat 2.50 kilogram yang lahir pada jam 6.55 pagi tadi.

Kavitha turut berkongsi harapan agar bayi merdekanya itu memiliki semangat patriotik yang kuat dan berbangga menjadi anak merdeka.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");