Jenayah

Kakitangan KPDNKK Tawau Direman

TAWAU – Mahkamah Majistret Tawau hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mereman seorang wanita penolong penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau di sini.

Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tawau Puspawati Sangut membenarkan wanita berusia 37 tahun itu direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung meminta suapan RM1,000 dan telah menerima RM500 tunai sebagai pendahuluan daripada seorang lelaki berkaitan kes KPDNKK.

Transaksi pendahuluan berlaku pada bulan ini dan baki RM500 belum diterima suspek

Suspek ditahan di pejabat SPRM Tawau pada 4.15 petang, semalam lapor Bernama.

Perintah reman dibuat mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk disiasat bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, jika sabit kesalahan membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.

Pendakwaan dikendalikan Pemangku Penolong Kanan Penguasa SPRM Muhamad Nor Zam Zam Maidin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");