Isu Panas

Isu Kilang Haram Bakal Manifesto BN P.Pinang

GEORGE TOWN – Isu kilang haram di Pulau Pinang akan dicadangkan sebagai antara perkara untuk dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang bagi pilihan raya umum ke-14.

Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong berkata pihaknya akan mencadangkan perkara itu kepada Pengerusi BN negeri Teng Chang Yeow untuk dibawa pada mesyuarat BN Pulau Pinang yang akan diadakan bulan depan bersama Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

“Kami harap isu kilang haram ini dapat dijadikan sebagai antara kandungan manifesto BN di negeri ini,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Minggu lepas, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan operasi di kilang haram memproses serbuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Bukit Mertajam yang dipercayai mencemari alam sekitar di kampung itu.

SPRM turut mengambil beberapa dokumen daripada pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di Bandar Perda bagi membantu siasatan kes itu. Susulan itu, SPRM menahan anggota Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Phee Boon Poh dan dua beranak yang merupakan pengarah dan pengurus kilang tersebut bagi membantu siasatan.

Isu berhubung kilang haram itu pernah dibangkitkan Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti daripada PKR, Dr Norlela Ariffin pada persidangan Dewan Undangan Negeri yang mendakwa banyak kilang haram dibiar beroperasi di Penanti tanpa tindakan lanjut oleh kerajaan negeri. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");