Perak Hari Ini

Malam Kebudayaan Peringkat Negeri Perak Meriah!

IPOH:Lebih 3,00 orang hadir memeriahkan Malam Kebudayaan Sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Peringkat Negeri Perak 2017 yang berlangsung di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini.

Majlis tersebut merupajan anjuran Unit Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Perak dengan kerjasama NGO negeri Perak.

Terdahulu majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Integrasi Nasional Kampung Baharu negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Mah Hang Soon dalam ucapan perasmiannya berkata sambutan kali ini istimewa apabila ia disambut bersempena hari kemerdekaan dan hari Malaysia yang bakal tiba.

Jelasnya lagi, sebagai sebuah negara yang unik semua pihak perlu terus bekerjasama mengekalkan keamanan yang dimiliki.

“Biarpun berhadapan ledakan teknologi kita turut berhadapan dengan ‘survival kebudayaan’ apabila anak-anak muda seolah diasak memilih kemodenan dan mengenepikan aspek budaya yang dikatakan lapuk dan ketinggalan zaman,” katanya.

Jelasnya lagi, semua pihak terutamanya golongan muda perlu mengorak langkah maju ke hadapam namun sama sekali tidak mengenepikan khazanah kebudayaan yang dimiliki sekian lama.

“Kita perlu berusaha mengwujudkan keseimbangan antara identiti rakyatnya supaya tidak terlupa,” katanya.

Tetamu turut dihiburkan dengan pelbagai seni persembahan masyarakat Cina daripada pelajar sekolah juga dari negara luar.

Antara yang menarik perhatian iaitu tarian tradisional yang bertemakan Dataran Bahagia, Nafas Musim Bunga dan hearts of Maps.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");