Perak Hari Ini

Jambatan Sultan Yusof Ditutup Sehingga 28 Ogos

TELUK INTAN:Tempoh penutupan Jambatan Sultan Yusof yang menghubungkan Teluk Intan ke Manjung terpaksa dilanjutkan sehingga, 5 pagi, 28 Ogos berikutan kerja membaiki dan menyelenggara jambatan tersebut memakan masa.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memaklumkan bahawa terdapat kerosakan yang memakan masa penyelenggaraan.

“Pagi tadi semasa kerja ‘jack’ dibuat mendapati terdapat kerosakan yang perlu diselenggarakan dengan segera dan ini akan mengambil masa untuk dibaiki.

“Jadi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya, JKR Malaysia, Datuk Meor Abdul Aziz Osman telah memutuskan kerja-kerja penambahbaikkan bagi Pier 10 dan Pier 11,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengikut jadual asal baikpulih jambatan yang lebih dikenali sebagai Jambatan Batu 5 akan ditutup mulai pukul 5 pagi hari ini hingga 5 pagi keesokan harinya (Ahad) kepada orang ramai bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaiki kerosakan dan penyelengaraan.

Beliau turut meminta semua pengguna agar bersabar dengan penutupan jambatan itu demi keselesaan dan keselamatan pengguna.

Beliau turut memohon pengguna mematuhi notis penutupan dan mengikut papan tanda arahan yang disediakan oleh JKR serta sebarang perubahan dan maklumat lanjut akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");