Berita Hari Ini

Jangan Ada Cuba Pihak Lagakan Saya Dengan Sultan Johor, TMJ – Khairy

KUALA LUMPUR: Sehari selepas membuat cabaran tentang kejantanan, hari ini Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dilihat mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Melalui kemas kini Facebook Johor Southern Tigers, dimuatkan gambar Khary menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Perkembangan itu segera menarik perhatian pengguna media sosial kerana semalam akaun Facebook itu memuatkan pandangan Sultan Ibrahim mengenai skuad polo kebangsaan yang menyertai temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur.

Khairy adalah salah seorang pemain untuk skuad berkenaan.

Setakat ini pasukan Malaysia sudah bermain dua perlawanan dan memenangi kedua-duanya, iaitu mengalahkan Brunei 12-4 dan Singapura dengan jaringan lebih besar, 13-2.

Kemunculan Khairy itu mengejutkan banyak pihak kerana mengambil kira kesibukannya sebagai menteri dan atlet.

Anggota parlimen Rembau itu dilihat selalu berada di kebanyakan tempat yang menyaksikan atlet kebangsaan bertanding.

Sementara itu mengulas ringkas mengenai pertemuan berkenaan Khairy menyatakan harapannya agar tidak ada mana-mana pihak “melagakan” beliau dengan keluarga diraja Johor.

Khairy – yang sebelum ini pernah beberapa kali bertemu dengan keluarga bangsawan Johor itu – juga meminta orang ramai menunjukkan rasa hormat ketika memberi komen mengenai mereka di media sosial.

Melalui Twitter juga Khairy menyatakan Sultan Ibrahim berkenan menerima cenderahati berupa sehelai baju rasmi pasukan Malaysia.

Sementara itu dalam kunjungan sama Khairy menyatakan pertemuan beliau dengan Tunku Ismail.

Menurut laporan Malaysiakini, juga menerusi Twitter, Khairy berkata perbincangan bersama TMJ itu diisi dengan Tunku Ismail memberi pandangan mengenai dunia sukan negara, terutama aspek pembangunan bola sepak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");