Jenayah

Suspek Rogol Anak Kandung Ditahan Polis

BETONG: Lelaki berusia 48 tahun yang didakwa merogol anak kandungnya berusia 15 tahun ditahan polis di rumahnya di Kampung Emplam, Kabong, di sini, semalam.

Suspek ditahan polis pada jam 11 pagi selepas polis menerima laporan berhubung kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, perkara itu didedahkan mangsa kepada guru kaunselingnya pada 17 Ogos lalu sebelum gurunya membuat laporan polis pagi tadi.

Menurutnya, mangsa mendakwa dirogol suspek sebanyak tujuh kali sejak 2014.

“Mangsa mendakwa pertama kali dirogol sejak berusia 12 tahun di pondok kebun sawit dan selebihnya di rumahnya sendiri,” katanya, lapor Harian Metro.

Katanya, mangsa kini berada di Hospital Sibu untuk pemeriksaan perubatan.

“Suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");