Perak Hari Ini

JKM Minta Hak Penjagaan Sementara Dua Beradik Mangsa Dera

TAPAH:Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan meminta perintah mahkamah untuk penjagaan sementara keatas dua beradik perempuan berusia lima dan enam tahun dipercayai didera oleh keluarga angkat mereka di Kampung Anak Rambutan, Sungai Bayor, Selama Isnin lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Datuk Rusnah Kassim berkata tindakan itu akan diambil setelah mereka diperiksa dan dibenarkan keluar daripada hospital.

Malah jelasnya lagi,dua beradik perempuan itu akan ditempatkan sementara di rumah kanak-kanak di Kuala Kangsar.

“Mengenai kes penderaan pastinya saya rasa marah dan terkilan kerana perkara mengenai penderaan sentiasa kita dengar namun ia masih berlaku malah kita berfikir mengenai langkah, peraturan yang ditetapkan namun kes penderaan masih berlaku,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Perwakilan Wanita UMNO Tapah di sini hari ini.

Jelasnya lagi,keluarga tersebut bukannya keluarga angkat kepada dua beradik itu namun diberikan perintah mahkamah sebagai anak pelihara dan bukannya berstatus anak angkat.

“Tempoh pelihara diberikan adalah selama dua tahun dan akan tamat tahun hadapan 2018.

“Kemungkinan jika ada orang nak pelihara anak-anak ini kelak,pemilihan akan lebih ketat,”katanya lagi.

Bagaimanapun katanya, penghargaan turut diberikan kepada masyarakat yang dilihat sudah mula peka mengenai kes penderaan yang berlaku di sekeliling mereka.

“Ini yang kita mahu iaitu masyarakt tampil melaporkan penderaan yang berlaku keperhatinan oleh jururawat itu dapat mengesan kesan penderaan pada kanak-kanak ini telah membantu kita,” katanya.

Terdahulu dalam kejadian kira-kira jam 4.03 petang itu, dua beradik dari Tadika Pasti Sungai Siputeh, Sungai Bayor itu menjalani pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh Klinik Kesihatan Sungai Bayor dan mendapati kedua-duanya disyaki didera kerana terdapat kesan kecederaan lama di bahagian belakang tangan kanak-kanak berusia lima tahun.

Malah, seorang lagi mangsa didapati mengalami kecederaan di bahagian belakang dan mempunyai  parut lama, disyaki akibat di rotan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");