Isu Panas

Khalid Tidak Kisah Azmin Hendak Ambil Tindakan Undang-undang

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak akan melayan notis Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menuntut penahanan dan ekstradisi ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Dalam notis tersebut, Mohamed Azmin mahu pihak polis menangkap Jho Low, yang dikaitkan dengan isu syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khalid, dalam kenyataannya berkata, siasatan mengenai 1MDB masih berjalan dan pihaknya mahu fokus tentang perkara itu.

“Kes siasatan 1MDB ini masih lagi berjalan. Jadi, saya tidak mahu respon terhadap tuntutan itu.

“Jadi ambillah tindakan, saya tunggu,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan latihan keselamatan Ex Rimau yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia pada Khamis.

Selasa lalu, Mohamed Azmin melalui peguamnya Latheefa Koya telah mengeluarkan notis terhadap Khalid yang menuntut supaya Jho Low ditahan setelah didakwa melakukan kesalahan di bawah Kanun Keseksaan dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.

Mohamed Azmin turut memberikan tempoh selama 14 hari kepada Khalid untuk respon, dan jika beliau gagal berbuat demikian, tindakan mahkamah akan diambil.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");