Berita Hari Ini

Tindakan Saman Speaker Cemar Nama Baik Parlimen – Azalina

KUALA LUMPUR: Tindakan Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan,Hee Loy Sian, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dianggap sebagai membelakangkan kebebasan institusi Parlimen negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said berkata tindakan itu juga mencemar nama baik Parlimen.

“Sebagai seorang penggubal undang-undang, Anggota Parlimen PKR seharusnya lebih faham mengenai apa yang terkandung dalam Perlembagaan mengenai hak dan keistimewaan Parlimen,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.

Azalina berkata tindakan itu mencerminkan pembangkang sengaja mahu mempolemik isu itu sehingga membawa ke mahkamah sedangkan terdapat cara lain yang boleh dilakukan termasuk mengemukakan usul kepada Speaker Dipertuan Dewan Rakyat.

“Malah, isu yang dibangkitkan juga sudah diperjelaskan oleh Speaker dalam satu sidang media yang diadakan minggu lepas,” kata Azalina.

Pada Rabu, Pandikar melahirkan rasa kesalnya dengan tindakan Hee yang mengheretnya ke mahkamah kerana tidak berpuas hati apabila dua soalannya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak Dewan Rakyat.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");