Sukan Hari Ini

KL2017: Irfan Rangkul Emas Pertama Olahraga

KUALA LUMPUR: Irfan Shamshuddin merangkul pingat emas pertama Malaysia dalam olahraga hasil balingan 58.36 meter dalam lempar cakera lelaki di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Selepas dua peserta menarik diri menjadikan saingan ditentukan oleh tiga atlet saja sekali gus memastikan Malaysia menamatkan saingan di tempat pertama dan ketiga.

Irfan, biarpun dihimpit kecederaan pergelangan kaki berjaya membuat balingan kemenangan ketika balingan ketiga walaupun dia mendahului sejak balingan pertama.

Kemenangan pingat emas itu adalah yang ketiga berturut-turut buat Irfan selepas kejayaan pada 2013 dan 2015, lapor BH Online

Narong Benjaroon dari Thailand meraih perak dan seorang lagi peserta Malaysia, Abdul Rahman Lee pulang dengan gangsa hasil balingan 50.54m dan 44.80m.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");