Perak Hari Ini

Tangani Stigma Negatif Terhadap Pesakit Mental

IPOH: Masyarakat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) harus bekerjasama dalam usaha mengurangkan stigma negatif kepada pesakit mental dalam negara ini.

Pengerusi Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Kesihatan Mental (MHF), Tan Seri Datuk Hashim Meon berkata, golongan berkenaan amat memerlukan sokongan khususnya dikalangan orang sekeliling.

 

Jelas beliau, sokongan dari masyarakat sekeliling mampu membantu pesakit agar dapat menjalani kehidupan seperti orang normal.

“Ada antara pesakit mental yang telah ataupun sedang menjalani rawatan dengan pakar-pakar tempatan kita ini dan sedang bekerja di luar

“Justeru orang ramai serta NGO harus memberi sokongan kepada pesakit ini dan bukannya memberi pandangan yang negatif dimana akhirnya mungkin boleh merencatkan proses pemulihan mental mereka”, katanya.

 

Beliau berkata demikian pada program lawatan kerja MHF ke Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), di sini pada Selasa.

Pada masa sama, Pengarah HBUK, Dr Norhayati Nordin berkata, ada kalanya pesakit mental mendapat pujian dari beberapa majikan di luar atas dedikasi dan produktiviti pekerjaan mereka.

“Apabila kita mula beri peluang kepada pesakit yang berkemampuan untuk bekerja di luar, kita mendapat maklum balas yang positif dari majikan mereka.

“Majikan ini ada yang berkata kepada saya, pesakit kita ini ada yang kualiti kerja mereka ini lebih baik daripada orang yang  tidak menghidapi penyakit ini,” katanya.

 

Selain itu, beliau juga berkata dianggarkan kira-kira 40 pesakit dari HBUK yang sudah berupaya memperoleh pendapatan sendiri sama ada melalui pekerjaan sendiri ataupun bekerja dengan organisasi tertentu.

Pada program lawatan itu, ia turut dihadiri Ahli Lembaga MHF yang juga bekas pengarah HBUK, Datuk Dr Abdul Aziz Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");