Perak Hari Ini

LAP Antara Agensi Laksana Sistem Pengurusan Air Terbaik

Lembaga Air Perak (LAP) dianggap sebagai antara agensi terbaik yang melaksanakan sistem perancangan berkesan untuk memastikan sumber air mencukupi serta memenuhi permintaan air dirawat di negeri itu.

Pengarah Pembangunan Perniagaan UBM ASEAN, Eliana Van Doorn berkata kejayaan LAP dalam menguruskan sistem pengairan di Perak berpunca daripada Struktur Ringan Asset dengan sokongan kerajaan pusat.

“Hari ini kita mengadakan lawatan ke Empangan Sultan Azlan Shah bagi melihat bagaimana LAP menguruskan sistem air di Perak dan ternyata ia adalah antara yang terbaik.

“Sebelum ini kita ada melawat beberapa empangan di negeri lain dan LAP merupakan antara agensi yang berjaya menguruskan sistem pengairan dengan berkesan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Empangan Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta bersama-sama Pengarah LAP.

Eliana dalam masa yang sama turut menyatakan bahawa UBM bakal menganjurkan Konvensyen Air- Asiawater 2018 dengan menyasarkan 19,000 peserta dikalangan golongan professional dalam industri berkenaan.

Katanya, aspek pengurusan sumber air merupakan sesuatu yang penting kerana ia merupakan keperluan asas yang akan disalurkan kepada orang ramai untuk kegunaan harian.

Justeru jelas beliau, sistem pengurusan yang baik sesebuah agensi mampu menjamin tahap serta kualiti air yang disalurkan.

“Kita bakal menganjurkan Asiawater 2018 pada 10 sehingga 12 April 2018 di KLCC dengan mensasarkan 19,000 penyertaan dikalangan golongan-golongan professional yang terlibat dalam industry ini bagi membincangkan kaedah yang berkesan.

“Atas sebab itu, kita mengadakan jelajah lawatan ke empangan-empangan terpilih bagi melihat sendiri sistem-sistem yang digunapakai agensi-agensi kerajaan dalam memastikan kualiti air terbaik disalurkan kepada orang ramai,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");